Sunday, April 19, 2015

Ramai Yang Tak Ambil Tahu INSURAN RUMAH








MRTA atau MLTA
Oleh Sofyan Rizal Ishak
sofyan.rizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bakal pembeli rumah atau pelanggan berhak untuk memilih sama ada untuk memilih insurans perlindungan rumah yang ditawarkan atau mencari sendiri insurans yang mampu memenuhi keperluan kewangan masing-masing.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata pemilihan insurans daripada pihak bank bukanlah satu perkara mandatori dan ia bergantung kepada kemahuan pembeli rumah itu sendiri.

“Bank tidak melarang jika terdapat pelanggan mahu memilih sendiri insurans perlindungan yang dirasakan lebih baik cuma apa yang bakal timbul daripada situasi ini adalah proses untuk mendapatkan pinjaman dan insurans rumah akan memakan masa sedikit lama,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.


 
Beliau berkata, pihak bank secara lazimnya menawarkan insurans mengikut keutamaan dengan syarikat insurans tertentu bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pengendalian pembiayaan pinjaman dan insurans perlindungan rumah.

“Kebanyakan daripada bank akan menawarkan perlindungan Mortgage Reduce Term Assurance (MRTA) berbanding Mortgage Level Term Assurance (MLTA) kerana ia menawarkan manfaat terbaik kepada bakal pembeli rumah jika berlaku kematian atau ketidakupayaan kekal,” katanya.

Menurutnya, MLTA dianggap satu perkara baru dalam kalangan pihak bank di negara ini dan tidak banyak ditawarkan sehingga masa ini berbanding MRTA yang fleksibel dalam melindungi pembeli rumah dan tidak membebankan mereka atau waris dengan hutang atau baki pinjaman rumah yang belum dijelaskan sekali gus mengelakkan kehilangan rumah kediaman.

“Insurans ini diibaratkan seperti nilai tambah kepada pinjaman rumah sedia ada kerana ia hanya akan diaktifkan jika berlaku kejadian kepada pembeli di mana ia akan membayar baki pinjaman,” katanya.

Beliau berkata, MLTA adalah satu insurans perlindungan kediaman yang boleh dijadikan pilihan dalam kalangan pembeli kerana ia turut menawarkan fungsi pelaburan, kewangan dan pulangan di samping perlindungan.

Menurutnya, MRTA pula menawarkan jumlah antara tiga hingga lima peratus lebih tinggi daripada nilai keseluruhan rumah dan ia memerlukan individu melakukan pembayaran secara sekali gus melalui pembiayaan pinjaman.

“Apa paling penting, pengguna hendaklah bijak memilih jenis perlindungan sama ada MRTA atau MLTA bagi memastikan inisiatif terbabit benar-benar membantu mereka dalam melindungi kepentingan terhadap rumah kediaman masing-masing,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 
Sabtu, 7 Mac 2015 @ 5:15 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35270?m=1#sthash.faToLY3b.dpuf


Saturday, April 18, 2015

Training BITC & PITC










Alhamdulillah... Dengan izin Allah hari ni dapat menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang sangat berguna iaitu mendalami ilmu perancangan kewangan untuk di share bersama-sama rakan di luar sana. Terima kasih kepada leader-leader yang sanggup menghabiskan waktu hujung minggu mereka mengajar kami.

Amat penting untuk memastikan pendapatan disalurkan pada tempat yang betul.. So, pada sesiapa yang ingin tahu bagaimana cara pembahagian pendapatan boleh hubungi saya segera.


NORLIYANA ISMAIL
Islamic Financial Consultant

Friday, April 17, 2015

Beli perlindungan ketika kita masih sihat



Ini ada satu lagi isu yang sangat PENTING. Kenapa saya cakap penting... Sebab kalau dah sakit, memang susah nak beli perlindungan @ tak kan dapat nak beli... Jadi saya nak bagitau kawan- kawan semua, perlindungan ni kita perlu  MOHON dengan syarikat insuran.... Yer perlu MOHON... Tak semestinya kita sign jer borang, kita dah diterima... Tidak yer... Kalau lulus baru lah perlindungan bermula....

Jadi saya cadangkan, jangan lah mengambil masa terlalu lama untuk memohon.. Sebab kita tak tau bila musibah nak terjadi... 

Sediakan payung sebelum hujan, supaya kita tak basah
Sediakan perlindungan sebelum terlambat, supaya tidak membebankan orang lain....

Wassup saya segera
Norliyana Ismail
Islamic Financial Consultant 

ANDAI ESOK KITA TIADA

Assalamualaikum.....

Kita semua tahu, semua yang bernyawa, sampai satu masa akan pergi jua tinggalkan alam fana ini... Cuma apa yang membezakannya bilakah kita akan pergi, bagaimanakah cara kita pergi..

ANDAI ESOK KITA TIADA... Terfikirkah kita, bagaimana keadaan keluarga yang kita tinggal kan... Mahukah kita tinggalkan mereka dalam keadaan yang terumbang ambing, memikul segala beban hutang piutang kita????? 

Mahukah kita lihat mereka tiada kenderaan & tiada rumah kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan???? Mahukah kita lihat anak-anak kita tidak mampu ke sekolah, kerana tidak dapat membayar yuran dan membeli segala keperluan ke sekolah???? Tidak kasihan kah kita pada mereka???? 

Jangan kita pentingkan diri sendiri.. Sewaktu hidup, kita habiskankan wang dengan membeli gadget yang mahal-mahal, makan di restoran mahal, beli pakaian yang mahal... Sehingga kita terlupa untuk menyimpan.... Dont be selfish friends... Simpanlah walaupun sedikit.. Supaya kita tidak tinggalkan mereka dalam kesusahan...

Jika anda ingin menyimpan di bank, berapa lama anda boleh menyimpan contohnya rm100,000.00

Jadi menyimpanlah dengan cara membeli perlindungan di Great Eastern Takaful, kami menyedialan pelbagai jenis simpanan berpelindungan... Hubungi saya untuk jaminan masa depan anda!!! 

Wassup saya segera

Norliyana Ismail
Islamic Financial Consultant